Friday, July 20, 2012

Tips memanjangkan hayat Bateri Notebook




Penggunaan komputer notebook menjadi sangat praktikal kerana keupayaannya untuk
dibawa ke mana-mana dan boleh digunakan tanpa memerlukan soket elektrik. Sesetengah
komputer notebook yang terkini boleh bertahan selama hampir 4 jam dengan menggunakan
bateri. Namun begitu, sekiranya anda perlu menggunakan komputer notebook untuk
jangka masa yang panjang di satu-satu tempat di mana punca elektrik tidak didapati
atau anda tertinggal adapter kuasa untuk komputer notebook anda, tips-tips berikut
mungkin boleh membantu:
Penjagaan komputer notebook.
1. Penjagaan bateri dengan baik.
Bateri perlu dijaga dengan baik untuk memanjangkan jangka hayat dan prestasinya.
Kaedah yang terbaik untuk penjagaan bateri ialah dengan memastikan bateri digunakan
secara maksimum sebelum dicas semula. Pengguna juga dinasihatkan supaya menyambungkan
soket kuasa kepada komputer notebook hanya apabila amaran low battery diberikan
walaupun soket kuasa boleh didapati di tempat kerja. Secara mudah, habiskan
kuasa bateri anda dahulu dan baru gunakan soket kuasa.
2. Lakukan defragmentation secara berkala.
Fungsi disk defragmenter adalah untuk menyusun semula kedudukan data di dalam
hard disk supaya ianya tersusun rapi dan berada dalam kedudukuan yang berhampiran
di antara satu sama lain. Apabila kedudukan data berada berdekatan di antara
satu sama lain, hard disk lebih cepat untuk mendapatkan data yang diperlukan
dan penggunaan tenaga untuk hard disk dapat dikurangkan. Sebaiknya, lakukan
disk defragmenter pada kadar seminggu atau dua minggu sekali.
Untuk melakukannya, klik Start Menu – All Program – Accessories
– System Tools – Disk Defragmenter, dan gunakan paparan yang disediakan.
3. Gunakan fungsi Hibernate untuk memadamkan komputer.
Kebiasaannya, pengguna komputer akan memilih untuk menggunakan pilihan Shut
Down untuk memadamkan komputer. Selain daripada Shut Down, komputer juga sebenarnya
boleh dipadamkan menggunakan pilihan Hibernate.
Shut Down berfungsi menutup semua aplikasi yang dijalankan oleh sesebuah komputer
sebelum memadamkan kuasanya. Apabila komputer tersebut dihidupkan semula, semua
aplikasi yang perlu dijalankan oleh sesebuah komputer termasuk antivirus, rangkaian
dan aplikasi pejabat dihidupkan semasa proses booting iaitu semasa komputer
baru dihidupkan. Proses mengaktifkan kembali kesemua aplikasi yang diperlukan
oleh komputer kadang kala mengambil masa yang agak panjang dan menggunakan lebih
banyak kuasa bateri.
Hibernate pula berfungsi dengan menyimpan maklumat mengenai kedudukan terakhir
aplikasi-aplikasi yang sedang aktif dalam sesebuah komputer sejurus sebelum
ianya dipadamkan. Apabila komputer tersebut dihidupkan semula, sistem pengoperasian
tidak perlu memulakan semula semua aplikasi yang diperlukan dari awal, sebaliknya
sistem akan merujuk kepada maklumat yang telah disimpan tadi supaya komputer
dapat kembali kepada keadaan terakhir sebelum dipadamkan.
Analoginya, ia umpama kita menyimpan permainan komputer pada peringkat tertentu
supaya apabila kita hendak bermain permainan tersebut pada keesokan harinya,
kita tidak perlu bermain semula dari peringkat pertama sebaliknya kita boleh
menyambung pada peringkat yang telah kita tamatkan. Ianya menjimatkan masa booting
dan apabila menyentuh tentang penjimatan masa, ianya sudah pasti juga menjimatkan
bateri.
Namun begitu, perlu diketahui bahawa penggunaan Hibernate menggunakan sedikit
ruang hard disk untuk menyimpan maklumat. Tidak banyak, lebih kurang 200 –
500MB sahaja berbanding jumlah minimum 80GB yang dipunyai oleh komputer baru
yang paling asas di pasaran pada hari ini.
Meminimumkan penggunaan bateri.
4. Kurangkan kecerahan skrin (brigthness).
Kecerahan skrin boleh mempengaruhi penggunaan bateri. Semakin cerah penggunaan
skrin, semakin tinggi penggunaan bateri. Oleh itu, kurangkan kecerahan skrin
untuk memaksimumkan penggunaan bateri.
5. Elakkan memainkan lagu dan penggunaan disc drive.
Pada waktu yang memerlukan penggunaan bateri yang maksimum, elakkan memainkan
lagu sebagai hiburan ketika melakukan kerja kerana ia memerlukan tenaga tambahan
untuk speaker komputer dan menjalankan aplikasi pemain media. Elakkan juga penggunaan
disc drive sama ada CD-ROM atau DVD-ROM, apatah lagi memindahkan data ke dalam
CD-RW atau DVD-RW kerana ia menggunakan tenaga yang banyak.
6. Laraskan Power Option.
Power Option boleh dilaraskan untuk memberikan penjimatan tenaga yang terbaik
di saat-saat yang diperlukan. Power Options boleh didapati melalui menu Control
Panel Bagi pengguna biasa, tetapkan Power Options kepada Laptop / Portable atau
pilihan yang lebih baik. Sekiranya anda lebih mahir, laraskan tempoh yang optimum
berdasarkan penggunaan anda untuk komputer memadamkan skrin, hard disk serta
masuk ke mod standby dan hibernate.
7. Padamkan fungsi Wi-Fi.
Kebanyakan pengeluar komputer notebook menetapkan supaya fungsi Wi-Fi diaktifkan
setiap kali komputer dibuka. Fungsi ini boleh dipadamkan untuk menjimatkan tenaga
kerana kelengkapan Wi-Fi di dalam komputer notebook juga menggunakan tenaga
yang banyak.
8. Elakkan membuka aplikasi yang tidak digunakan.
Elakkan membuka banyak aplikasi yang tidak digunakan. Aplikasi yang tidak digunakan
tetapi dibiarkan aktif akan mengurangkan ruang memori RAM yang boleh digunakan
oleh sistem dan kadang kala menggunakan processor. Dalam keadaan ini, processor
akan lebih banyak digunakan untuk menguruskan penggunaan RAM yang terhad dan
akibatnya kuasa bateri akan cepat habis.
9. Elakkan penggunaan peralatan menggunakan USB.
Peralatan tambahan seperti speaker, kipas penyejuk, lampu kecil, pengecas bateri
telefon dan sebagainya yang menggunakan USB mengambil tenaga elektrik dari komputer
melalui sambungan USB. Penggunaan peralatan-peralatan sedemikian perlu dielakkan
sekiranya keutamaan pada satu-satu masa adalah untuk memaksimumkan penggunaan
bateri.
10. Gunakan fungsi sleep dan hibernate dengan betul.
Satu lagi fungsi yang boleh menjimatkan penggunaan bateri komputer ialah Sleep.
Fungsi Sleep berfungsi dengan meletakkan komputer pada keadaan tidak berfungsi
tetapi masih hidup bagi menjimatkan penggunaan bateri. Ianya sangat efektif
sekiranya pengguna tidak menggunakan komputer untuk beberapa minit dan apabila
fungsi Sleep diaktifkan, semua kelengkapan komputer notebook yang menggunakan
tenaga elektrik yang banyak seperti skrin dan hard disk dipadamkan manakala
processor diaktifkan pada kadar yang paling minimum.
11. Dapatkan bateri kedua.
Sekiranya anda perlu bergantung kepada bateri komputer dalam jangka masa yang
lebih panjang, pilihan yang terbaik adalah untuk mendapatkan bateri kedua sebagai
gantian. Hubungi semula pengedar komputer anda untuk membeli bateri gantian
pada harga di antara RM150-RM350, bergantung pada jenis komputer.
Kesimpulannya, penggunaan sumber yang ada pada komputer notebook dengan bijak
seperti skrin, speaker, hard disk, CD-ROM, processor, peranti Wi-Fi dan RAM
boleh menjimatkan penggunaan bateri. Gunakan sumber-sumber ini pada kadar yang
paling minimum bagi menjimatkan penggunaan bateri komputer

Mengapa virus dicipta ?



Virus-virus telah dicipta sebagai projek penyelidikan, usikan, dan laku musnah, serta juga untuk menyerang produk syarikat-syarikat tertentu, menyebarkan pesanan politik, dan memperoleh keuntungan daripada pencurian identiti.
Tanggapan seorang pencipta virus..
Saya seorang pencipta virus. Saya beranggapan bahawa ciptaan saya sebagai seni, dan penulisan atur cara virus adalah suatu hobi yang kreatif. Tambahan pula, virus yang saya cipta bukan semata-mata untuk melakukan pemusnahan sahaja. Selain itu, saya sebagai penulis virus menganggap sistem-sistem yang diserang oleh saya sebagai suatu cabaran intelektual atau satu masalah logik yang perlu diselesaikan oleh pihak pengeluar sistem tersebut.
Ada juga virus dicipta untuk tujuan baik..
Ada sesetengah virus dicipta bertujuan untuk melaksanakan misi yang baik. Ia menyebarkan perbaikan kepada aturcara-aturcara yang dijangkitinya, atau menghapuskan virus-virus yang lain. Walaupun demikian, virus-virus sebegini adalah agak jarang. Ia masih menelan sumber sistem, dan mungkin akan menjejaskan sistem yang dijangkitinya tanpa sengaja serta juga kekadangnya dijangkiti oleh virus yang lain dan bertindak pula sebagai vector ( pemandu ) untuk virus jahat. Tanpa disengajakan, atur-atur cara "virus baik" yang tidak ditulis dengan teliti juga boleh menjadi virus yang mendatangkan keburukan pada dirinya (umpamanya, 'virus baik' yang sebegini boleh salah mengecam fail sasaran dan dengan itu, salah menghapuskan fail sistem). Tambahan pula, ia biasanya bertindak tanpa meminta sebarang kebenaran daripada pemilik komputer

Orang Positif Vs Orang Negatif


Artikel yang menarik untuk di kongsi , selamat membaca..




Orang Positif selalu jadi sebahagian dari jawapan;
Orang negatif selalu jadi sebahagian dari masalah.
Orang Positif selalu mempunyai perancangan;
Orang negatif selalu mempunyai kambing hitam.
Orang Positif selalu berkata, “Biarkan saya yang mengerjakannya untuk anda”;
Orang negatif selalu berkata, “Itu bukan pekerjaan saya”;
Orang Positif selalu melihat jawapan dalam setiap masalah;
Orang negatif selalu melihat masalah dalam setiap jawapan.

Orang Positif selalu berkata, “itu memang sukar, tapi kemungkinan boleh”;
Orang negatif selalu berkata, “Itu mungkin boleh, tapi terlalu sukar”.
Semasa Orang Positif melakukan kesalahan, dia berkata, “saya salah”;
Semasa Orang negatif melakukan kesalahan, dia berkata, “itu bukan salah saya”.
Orang Positif membuat komitmen-komitmen;
Orang negatif membuat janji-janji.
Orang Positif mempunyai impian-impian;
Orang negatif mempunyai tipu muslihat.
Orang Positif berkata, “Saya harus melakukan sesuatu”;
Orang negatif berkata, “Harus ada yang dilakukan”.
Orang Positif adalah sebahagian dari sebuah team;
Orang negatif melepaskan diri dari team.
Orang Positif melihat peluang;
Orang negatif melihat kesusahan.
Orang Positif melihat kemungkinan-kemungkinan;
Orang negatif melihat permasalahan.
Orang Positif percaya pada menang-menang (win-win);
Orang negatif percaya, mereka yang harus menang dan orang lain harus kalah.
Orang Positif melihat potensi;
Orang negatif melihat yang sudah terlewat.
Orang Positif seperti thermostat;
Orang negatif seperti thermometer.
Orang Positif memilih apa yang mereka katakan;
Orang negatif mengatakan apa yang mereka pilih.
Orang Positif menggunakan perbalahan keras dengan kata-kata yang lembut;
Orang negatif menggunakan perbalahan lembut dengan kata2 yang keras.
Orang Positif selalu berpegang teguh pada nilai2 tapi bersedia berkompromi pada hal2 remeh;
Orang negatif berkeras pada hal2 remeh tapi mengkompromikan nilai2.
Orang Positif berkata, “Jangan berbuat pada orang lain apa yang Anda tidak ingin orang lain perbuat pada anda”;
Orang negatif berkata, “Lakukan pada orang lain sebelum mereka melakukannya pada anda”.
Orang Positif membuat sesuatu terjadi;
Orang negatif membiarkan sesuatu terjadi.
Para Orang Positif selalu merancang dan mempersiapkan diri, lalu memulai tindakan untuk menang…
Para Orang negatif hanya merancang dan berharap dia akan menang.

Thursday, March 17, 2011

Permainan "KUTU" Dan Hukumnya

Baru-baru ini saya menerima satu soalan berkenaan dengan skim kutu dan hukumnya dari sudut Islam. Soalannya seperti berikut :-

Ustaz, saya nak tanya tentang permainan kutu. sekali pandang nampak halal. ok begini

Pekerja office saya ada membuat \"main kutu\". satu kepala atau seorang RM100 seramai 11 orang jadinya setiap orang akan dapat 1100 (100 duit sendiri) tiap bulan. Yang jadi masalahnya tiap bulan cabutan akan dibuat, siapa dapat happy la..

Saya melihat disini ia ada unsur judi, sebab sebelum cabutan-cabutan mengharap nasibnya akan kena, jadi saya fikir kalau dibuat cabutan number giliran yang dah tetap siapa yang dapat tiap bulan sebagai contah mamat bulan jan, abu feb, ali mac dan seterusnya itu adalah harus.

Saya harap sangat komen ustaz. namun jika pendapat saya tu betul alhamdullilah, ini bermakna saya faham setelah membaca buku uzar tulis

Sebelum saya menghuraikan hukumnya pada sudut pandangan Islam, terlebih dahulu ada baiknya kita melihat tafsiran 'kutu' menurut AKTA 28 AKTA (LARANGAN) KUMPULAN WANG KUTU 1971 , ia ditafsirkan sebagai :

"kumpulan wang kutu" ertinya rancangan atau perkiraan yang dikenali dengan berbagai-bagai nama sepeti kutu, cheetu, chit fund, hwei, tontine atau sebagainya yang menurutnya peserta-pesertanya membayar yuran berkala atau selainnya kepada suatu kumpulan wang bersama dan kumpulan wang bersama itu dijual atau dibayar kepada peserta-peserta dengan jalan lelong, tender, tawaran, undi atau selainnya dan termasuklah apa-apa rancangan atau perkiraan daripada berbagai-bagai jenis seperti kutu, cheetu, chit fund, hwei atau tontine

Hukum dari sudut Undang-undang Malaysia

Setelah meneliti akta yang berkaitan, jelas termaktub seperti berikut :-

Seksyen 3. Salah di sisi undang-undang menjalankan perniagaan menganjurkan wang kutu.

Maka adalah salah di sisi undang-undang bagi sesiapa menjalankan perniagaan menganjurkan wang kutu dan seseorang yang menjalankan perniagaan itu adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Justeru, amat jelas lagi bersuluh kegiatan skim simpanan kutu ini adalah salah dan tidak dibenarkan di sisi undang-undang.

Tinjauan Shariah

Untuk menentukan hukum Shariah adalah amat mudah dalam hal yang telah diputuskan 'salah' oleh undang-undang negara. Selagi mana peruntukan undang-undang itu tidak bercanggah dengan Al-Quran dan Al-hadis, ia akan diiktiraf sebagai haram juga di sisi Shariah.

Namun jika anda ingin memahaminya skim kutu ini dari sudut proses dan caranya , sama ada ia diterima oleh Shariah atau tidak. Setakat info yang diberikan dan juga menurut pengetahuan saya berkenaan skim 'kutu' ini, secara dasarnya saya lihat urus aturan 'kutu' ini adalah harus. ( Namun keharusan ini telah dibataskan oleh akta wang kutu di atas tadi)

Ini adalah kerana sebenarnya wang diperolehi oleh seseorang itu hanyalah wangnya sendiri yang terkumpul pada masa akan datang, cumanya keistimewaannya apabila tiba gilirannya maka sebagai ahli dia akan dapat menggunakannya secara 'in advance' disebabkan sumbangan wang dari semua ahli kumpulan. Pembayaran 'In advance' ini dari sudut Islam dilihat sebagai pinjaman tanpa faedah dari semua ahli kumpulan.

Bermakna, setiap bulan semua ahli kumpulan akan menyumbangkan pinjaman yang mana wang pinjamannya itu akan kembali padanya apabila tiba gilirannya.

Namun demi memastikannya halal, perlulah memastikan semua ahli kumpulan boleh dipercayai, dikenali dan membuat aqad bertulis bagi protect kemaslahatan semua. Tanpanya, permainan terdedah kepada penipuan dan gharar.

Bayangkan zaman hari ini, orang yang nampak baik pun liat nak bayar hutang.

Kesimpulannya, skim 'kutu' antara sesama rakan yang dipercayai dalam jumlah yang terhad dan munasabah serta bertulis adalah harus disebabkan ia hanyalah aktiviti pinjam meminjam.

Aktiviti saling memberi pinjam dengan nilai dan jumlah yang sama adalah harus. Antara hujjah saya adalah seperti berikut :-

Pertama : Keharusan kaedah :-

أسلفني وأسلفك

Ertinya : "Kamu pinjamkan kepadaku nescaya aku juga akan meminjamkan kepadamu kelak" (Mawahibul Jalil, Al-Hattab, 4/395)

Menurut mazhab Maliki, konsep ini dianggap makruh apabila ia memberikan manfaat kepada yang pemberi hutang lalu ia haram, tetapi jika manfaat diperolehi oleh peminjam ia adalah harus.

Namun dalam bab ini kedua-dua pihak mendapat manfaat yang sama rata. Justeru ia sewajarnya diharuskan. Inilah yang diperolehi dari skim 'kutu' ini.

Kedua : Tidak termasuk dalam bentuk faedah yang dilarang.

Kebanyakkan ulama berpendapat bahawa tindakan ini adalah harus di sisi Syariah atas sebab ia tidak termasuk dalam pinjaman dengan faedah yang dilarang oleh Shariah. Jumlah dan tempoh pinjaman juga adalah serupa. Ini menjadikannya tiada sebarang lebihan manfaat yang boleh menjadikannya haram.

Manakala syarat untuk memberi pinjam semula tadi, jikapun ia dianggap sebagai satu manfaat namun ia adalah manfaat yang sama kepada dua-dua pihak dan bukan hanya satu pihak yang boleh membawa penindasan. Ia juga boleh dilihat dalam isu ‘Suftajah'. Demikian menurut pendapat Ibn Qudamah, Ibn Taymiah dan Ibn Qayyim. Malah diperjelaskan lagi oleh Prof. Dr Nazih Hammad (Qadhaya Fiqhiyyah Mu'asiroh fi iqtisad wal Mal, Nazih Hammad, hlm 230)

Ketiga : Riba diharamkan disebabkan kerana zalim yang berlaku ke atas satu pihak.

Namun di dalam hal ni tiada sebarang kezaliman berlaku kerana kedua-duanya mendapat jumlah, dan tempoh yang sama, cuma di waktu yang berbeza sahaja.

Ibn Qayyim berkata :-

والشارع نهي عن الربا لما فيه من الظلم

Ertinya : "Shariah melarang riba disebabkan kerana kezaliman yang terdapat padanya" ('I'lam al-Muwaqqi'en, 1/386)

Adapun persepakatan dalam pinjaman berbalas dengan jumlah dan tempoh sama ini tiada terkandung di dalamnya sebarang zalim kepada mana-mana pihak. (Qadhaya Fiqhiyyah Mu'asiroh fi iqtisad wal Mal, Nazih Hammad, hlm 231)

Perihal Cabutan Untuk Menentukan Giliran

Tepat sekali, permainan 'kutu' akan menjadi semakin bersih dan baik jika giliran telah ditentukan dari awal agar semua pihak tidak tertunggu-tunggu.

Namun, setakat pengamatan saya berdasarkan perbincangan para ulama berkenaan asas 'undian' atau disebut dalam bahasa 'Arab sebagai Qur'ah boleh dilakukan apabila semua pihak mempunyai hak yang sama untuk terpilih. Hukumnya adalah harus dan tiada unsur judi di situ. Nabi Muhammad SAW juga pernah mencabut undi untuk melihat siapa dari kalangan isterinya yang akan terpilih untuk bermusafir bersama baginda SAW.

Kesimpulan

Jika dilihat dari sudut proses dan perjalanan skim kutu ini semata-mata, ia adalah harus menurut pandangan Islam, namun diwaktu wujudnya akta rasmi yang melarang. Ia secara rasminya dianggap haram dari sudut hukum Islam atas dasar "kewajiban taat kepada pemerintah dalam hal yang tidak berkait dengan maksiat dan demi kemaslahatan umum yang dilihat oleh pemerintah"


Artikel dari : www.zaharuddin.net

Related Posts with Thumbnails
 
Think and share Copyright © 2009-2010 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template