Sunday, December 5, 2010

Tips Mencegah Kecurian


Kes : Dirogol depan anak

KUALA LUMPUR: Demi menyelamatkan maruah anak perempuannya berusia 12 tahun, seorang ibu terpaksa mengharungi detik hitam apabila diperkosa di depan gadis sunti itu oleh seorang daripada dua penjenayah yang memecah masuk rumah mereka di Kampung Melayu Subang, dekat sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi kelmarin, ibu muda itu yang diikat tangan sebelum itu diberi pilihan oleh penjenayah terbabit untuk menentukan siapa yang akan dirogol sama ada dia atau anak gadisnya.

Dalam keadaan terdesak, ibu berusia 34 tahun itu tiada pilihan melainkan membiarkan dirinya dirogol seorang daripada dua penyamun berusia lewat 20-an terbabit.

Menurut sumber polis, lebih menyayat hati ketika seorang daripada lelaki terbabit merogol mangsa, seorang lagi rakannya merakam perbuatan terkutuk itu menggunakan telefon bimbit.

“Sebelum itu, dua suspek terbabit yang memakai topeng memecah masuk rumah mangsa yang ketika itu tidur bersama anaknya dalam bilik utama manakala suaminya tiada di rumah kerana bekerja syif malam.

“Dua penjenayah terbabit mengikat dua beranak itu dan mengarahkan mereka mendiamkan diri sekiranya tidak mahu dicederakan,” katanya.

Sumber itu berkata, suspek menggeledah rumah berkenaan sebelum mengambil wang tunai dan barang kemas yang nilai keseluruhannya dianggarkan RM2,000.

“Sebaik selesai menggeledah rumah mangsa, seorang daripada suspek seolah-olah tidak puas hati dengan hasil rompakan mereka dan memberitahu mahu merogol seorang daripada dua beranak itu.

“Selepas rayuannya tidak diendahkan dan tidak mahu anaknya menjadi mangsa penjenayah itu, si ibu terpaksa merelakan dirinya dirogol seorang daripada suspek dan ketika dia dirogol seorang lagi suspek merakamnya menggunakan telefon bimbit,” katanya.

Menurutnya, kedua-dua penjenayah melarikan diri dan mangsa membuat laporan di Balai Polis Kampung Baru Subang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 serta Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Di bawah ini ada saranan dari pihak polis untuk mencegah kecurian.

1. Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri. (mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).

2. Kunci atau sorokkan semua pisau2 yang terdapat di dapur sebelum tidur. (kesemua kes kecurian didapati pisau
hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).

3. Sekiranya terdengar/terlihat paip air diluar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12 ke atas), jangan keluar rumah
untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka dimana mereka telah menunggu diluar pintu
rumah untuk masuk (kes terbaru berlaku di Dungun).

4. Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam,kejutkan ibubapa untuk
bersama mereka.

5. Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (cara lama...)

6. Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, in case terjaga tengah malam,cuba on and offkan balik untuk menakutkan
pencuri (menandakan kita sentiasa alert).

7. Tekan button merah alarm kereta anda jika anda suspect pencuri sudah masuk ke dalam rumah.

8. Sekiranya terlihat orang-orang yang agak aneh dan asing di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta
mereka - (selalunya naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan mereka, mereka akan
menundukkan kepala )

9. Pesan kepada jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah kita dan mengaku saudara kita bertujuan untuk
mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefor pejabat anda kepada jiran supaya mereka boleh
double check dgn kita.

10. Semasa tidur, pastikan handphone anda berada disisi atau pastikan juga Codeless Phone anda berada disisi anda
atau pun sambungkan satu extension dalam kamar tidur anda. Ini memudahkan anda membuat penggilan kecemasan
sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.

11. Adakan senarai nombor telefon kecemasan seperti polis, bomba , 991 atau sebagainya. Pastikan nombor2 ini
disimpan dlm handphone anda. Kalau boleh hafalkan nombor tersebut. Ini memudahkan anda membuat panggilan
telefon. (Penang Police Hotline = 04-2691999)

12. Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian dirumah atau automatik alarm.

13. Lampu porch & lampu belakang rumah sepatutnya terpasang secara automatik bila malam, baik semasa kita ada di
rumah atau pergi vacation.

14. Kalau cuti lama, pesan jiran kutip surat2 dlm mail box. Mail box yg penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan
tuan rumah.

15. Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari balai polis berdekatan supaya ada
anggota polis buat rondaan yg kerap di kawasan anda.

16. Kereta Proton adalah paling mudah dicuri. Kalau kereta anda brand new, sekurang-kurangnya anda perlu lock gear
& steering sebelum tidur (sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi akan berjaya melambatkan pencuri).

17. Kalau ada anak2 perempuan, sebaik2nya pintu biliknya dikunci dari dalam (sebab ada pencuri yg mengambil
kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua in case berlaku kebakaran

0 komen:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 
Think and share Copyright © 2009-2010 Blogger Template Designed by Bie Blogger Template